Pelancaran tersebut akan berlangsung di Pusat Khidmat, Bandar Seri Putra, Bangi. Majlis pelancaran yang dijadualkan pada 24 Mei 2009 itu akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Turut bersama akan hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi LHP, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik dan juga ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar.
| [+/-] |
Pelancaran Skuad Kawan Didik, Selangor |
Pelancaran tersebut akan berlangsung di Pusat Khidmat, Bandar Seri Putra, Bangi. Majlis pelancaran yang dijadualkan pada 24 Mei 2009 itu akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Turut bersama akan hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi LHP, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik dan juga ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar.
| [+/-] |
Pelancaran Skuad Kawan Didik, Terengganu |
Memandangkan gejala sosial yang semakin parah dan berleluasa serta kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui pemerintahan negara menangani keruntuhan moral masyarakat terutamanya yang melibatkan generasi muda, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa untuk mengambil tanggungjawab bagi menangani gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.
Gejala keruntuhan akhlak masyarakat hanya akan dapat ditangani dengan dua cara iaitu; melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang. Perkara ini perlu digerakkan dari peringkat akar umbi. Sehubungan dengan itu, Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat (LHP) akan melancarkan satu
Untuk menjayakannya, majlis pelancaran Skuad Kawan Didik peringkat negeri Terengganu akan diadakan pada 20 Mei 2009 ini (Rabu), bertempat di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Kuala Terengganu. Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YBh. Dato' Haji Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Majlis yang serupa juga turut diadakan di Semporna, Sabah pada dua hari yang lepas (17 Mei 2009).
LHP berharap agar Skuad Kawan Didik dapat ditubuhkan seberapa segera di semua negeri dan menjadi salah satu daripada badan sosial PAS yang menggerakkan massa.
| [+/-] |
Hebahan: Hi Tea dan Pelancaran Web Buletin Pendidikan PAS |
bersama
YB Dato' Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
(PRESIDEN PAS)
Sambil menderma untuk
Masjid Tahfiz Darul Iman
&
Pelancaran Web Buletin Pendidikan PAS
TARIKH & MASA:
07 Mei 2009 (Khamis)
4.30 - 6.00 petang
TEMPAT:
Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman
KM 14, Jalan Kelantan,
Tok Jiring, 21060 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
ANJURAN:
Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat (LHP)
dengan kerjasama
Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman


