Aluan Pengerusi Lajnah Pendidikan

Assalamualaikum wbrt.

Alhamdulillah, dengan usaha gigih krew yang diamanahkan, pada hari ini Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat (LHP) telah berjaya mengakseskan lamannya sendiri yang bertindak sebagai suara rasmi LHP berhubung isu-isu pendidikan dalam dan luar negara.

Pembikinan laman ini adalah merupakan satu usaha untuk menyebarkan kesedaran Islam dalam bidang pendidikan agar masyarakat peka dengan perkembangan semasa yang beredar begitu drastik. Tanpa peringatan yang bersungguh-sungguh, umat Islam tidak akan berjaya menanganinya dengan berkesan.

Justeru itu, langkah LHP adalah untuk menyampaikan nasihat kepada semua khalayak masyarakat berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Agama itu adalah nasihat"

Selaku pengerusi lajnah, saya mengalu-alukan kehadiran para pelawat semua dan kami membuka ruang kepada semua pengunjung laman ini untuk sama-sama berkongsi atau menyumbangkan sebarang bentuk artikel, khidmat nasihat, pandangan, dan juga apa-apa sahaja sokongan moral atau material dalam menjayakan lagi usaha daripada LHP ini.

Saya juga merakamkan setinggi penghargaan buat Krew IT LHP yang berusaha untuk merealitikan kewujudan laman ini. Selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung.

Sekian, terima kasih.


Ust. Dato' Abu Bakar Chik,
Pengerusi LHP.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top